Pages

Sunday, May 1, 2011

Kilang “Rare Earth” (beradioaktif) di Gebeng, Pahang.


“Rare Earth” atau dalam bahasa melayunya dipanggil nadir bumi? Rare Earth kalau mengikut kamus Google bermaksud “Any of a group of chemically similar metallic elements comprising the lanthanide series and (usually) scandium and yttrium. They are not esp. rare, but they tend to occur together in nature and are difficult to separate from one another“. Sekarang ini, satu isu mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan awam muncul di salah sebuah daerah di Pahang apabila kilang pemprosesan rare earth akan beroperasi tidak lama lagi. Tempat yang dimaksudkan ialah di Gebeng, Pahang.

Pembinaan kilang Australia iaitu Lynas Corporation berpangkalan di Gebeng kerana memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan kimia bersifat radioaktif yang dikenali sebagai torium. Sisa buangan kimia kilang itu boleh mengakibatkan kecacatan dan membawa pelbagai penyakit barah. Memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk sekitar seperti kanser, leukemia, cacat, malah ada yang meninggal dunia.
Tindakan kerajaan yang meluluskan pembinaan kilang itu kerana tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat dan negara.
“CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui pihaknya hanya akan menggunakan khidmat kerja seramai 450 orang sahaja.
“Sudah pasti tidak menjamin apa-apa keuntungan kerana peluang pekerjaan terhad, sebaliknya kerajaan pula membuat tawaran 12 tahun operasi tanpa membayar cukai,”

Torium mengambil masa beribu-ribu tahun untuk dilupuskan dan boleh membawa kesengsaraan kepada rakyat seperti yang pernah berlaku di Bukit Merah, Perak 30 tahun dahulu.
Di Perak, kejadian sama mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat sehingga hari ini kerana bahan kimia itu mengambil masa 1,500 tahun untuk lupus.

Kelulusan bagi pembinaan kilang itu diluluskan pada 2008 dan proses pembinaannya kini mencapai 70 peratus siap serta dijangka beroperasi bila-bila masa.

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.
Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.
Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.
Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.
Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium – elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.
Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.
“Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium,” katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.
“Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.
“Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda… ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...