Pages

Friday, June 17, 2011

Sejarah Sebenar Ketamadunan Manusia


Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia. Mari kita lihat garis masa pra sejarah yang telah diajar kepada kita:

i) Zaman Batu (-paleolitik,- mesolitik, - neolitik)

ii) Zaman Gangsa

iii) Zaman logam

iv) Zaman moden

Kita sering menyangka bahawa kita bermula dengan zaman batu, kononnya manusia pada zaman itu tidak tahu apa-apa, malah tidak tahu bercakap, tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden seperti yang ada sekarang ini. Itulah yang dipercayai oleh majoriti manusia pada masa ini. Tanyalah kepada siapa saja, mereka akan menjawab seperti ini.

Apabila disebut zaman purba; meraka akan membayangkan semua orang tinggal di dalam gua, tetapi lupakah anda bahawa Kaabah dan Masjidil Aqsa didirikan oleh Nabi Adam as sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah saw dalam hadis?

Dan ini bermakna masa itu manusia sudah pandai membina bangunan, adakah mereka tinggal dalam gua batu seperti binatang? Malah nabi Adam as sudah pandai berkata-kata dan berpakaian dan bertindak waras seperti manusia yang sudah ada pada ketika ini. Apakah nabi Adam as diturunkan ke bumi dalam keadaan hina tanpa ilmu?

Nabi Nuh pula telah membina bahtera yang besar, (ditunjukkan binaan pada zaman kaum madyan, kaum firaun). Sebuah artifak ditemui dalam tamadun Babylon dan setelah dikaji, itu merupakan sebuah bateri, dan ini menunjukkan kerajaan Babylon kuno telah menggunakan tenaga elekterik berjuta-juta tahun dahulu.

Ditunjukkan sebuah lukisan dalam tamadun purba Mesir, di sana ada lukisan kapal terbang.

Adakah zaman-zaman tadi tidak wujud? Istilah-istilah itu cuma satu pembohongan. Siapakah dalangnya?

Itulah Charles Darwin dan para pendokong teori evolusi. Evolusi adalah pembohongan. Jadi menjadi keperluan kita mengethui sejarah SEBENAR kita.

Al-Quran hanya menyebut nama para nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah seperti : Adam, Idris, Nuh , Hud, Salih, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Syu'aib, Musa, Harun, Zulkifli Daud, Sulaiman Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakariya, Yahya 'Isa, dan Muhammad s.a.w


Video Link : Pembongkaran misteri tamadun manusia melalui Al-quran

Friday, June 10, 2011

Sekolah & Kolej Gereja Methodist


Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan. Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan. Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan?

Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini. Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu.

Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang. Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang.

Kerajaan perlu sedar akan strategik ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini. Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini. Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat.

Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima? Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi. Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja. Umat Islam tidak banyak bercakap atas menghormati kebebasan beragama. Tetapi jangan terlalu berani mencabar. Sistem sebegini tidak pernah wujud di negara lain. Saya amat pelik, kenapa kita sanggup korbankan kepentingan nasional semata-mata untuk meraikan orang lain? Bertindaklah sebelum terlambat.

Tidak ramai yang mengetahui setakat ini layanan kerajaan terhadap sekolah vernakular sudah hampir sama sekolah kebangsaan. Semua gaji guru-guru di sekolah vernakular dibayar oleh kerajaan. Cuma sebahagian bangunan dan tanah kepunyaan mereka. Kerajaan ingin memberikan layanan yang sama dengan syarat kembali bangunan dan tanah kepada kerajaan untu ditadbir secara profesional, tetapi sampai matipun mereka tidak akan serahkan. Justeru, adakah adil kita meminta layanan sama rata dan sama rasa, tetapi kita langsung tidak boleh disentuh. Keadaan yang sama akan berlaku kepada sekolah Methodist ini. Kita tidak boleh berlembut lagi, kerana kepala kita sudah di pijak. Sudah sampai masanya kita bertegas untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Jadikanlah ‘perjuangan’ Lim Lian Geok sebagai iktibar. Apakah kita masih buta?

Wahai pemimpin Islam! Bangunlah. Bukti sudah berada di depan mata. Golongan ini sanggup meletakkan DNA babi dalam produk pembuatan kek yang rata-rata dilanggani oleh umat Islam. Tidak perlu saya namakan kedai kek tersebut. Ini baharu satu kedai dan satu produk, banyak lagi kedai dan produk lain seumpama ini. Rujuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Saya amat pelik kenapa umat Islam begitu obses untuk makan dikedai-kedai kek yang dipunyai oleh bukan Islam. Orang melayu diperalatkan untuk menjadi pekerja-pekerja di sana sebagai daya tarikan HALAL. Wal hal bahan-bahan yang digunakan adalah haram. Semua tindakan ini sengaja dibuat untuk merosakkan ‘hati’ umat Islam. Tidakkah kita tahu bahawa bahawa mereka sentiasa mahu menggelap hati kita agar perjuangan jihad menjadi luntur?

Oleh: Ridhuan Tee_Sinar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...