Pages

Wednesday, August 24, 2011

Disebalik Kedegilan Kerajaan Malaysia dan Lynas - Kilang “Rare Earth"

Berhubung dengan kes Kilang Rare Earth oleh Lynas di Gebeng,Pahang. Kenapakah Kerajaan Malaysia beriya-iya masih mahu mempertahankan projek berisiko ini tanpa mahu mengambilkira hati dan perasaan rakyat ??

Malah, kita juga hairan kenapa Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang malah memberikan berbagai alasan untuk mempertahankan projek tersebut. Maka, akhirnya barulah ditemui "rahsia besar" kenapa projek Lynas ini mesti diteruskan.

Rakyat membantah kerana "Thorium" iaitu siasa buangan beradioaktif yang bakal terhasil daripada bahan mentah "rare earth". Ia bersumberkan kepada beberapa penemuan penting oleh seorang pakar dalam bidang berkaitan ialah Dr.Carlo Rubbia. Rupanya bahan itulah yang paling berharga kerana ia boleh digunakan untuk tenaga.

Malah kajian Dr.Carlo mendapati satu tan Thorium boleh menggantikan 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan Arang Batu. Bukankah ini cukup menakjubkan?


Thorium boleh digunakan untuk menjana elektrik diloji penjaaan elektrik berkuasa nuklear. Selama ini uranium digunakan disemua loji penjanaan elektrik berasaskan nuklear. Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil dan loji nuklear yang menggunakan uranium adalah terdedah kepada risiko sepertimana yang terjadi di Loji Nuklear Fukushima, Jepun.

Uranium juga bukan mudah diperolehi kerana tidak banyak negara yang menjadi pengeluar dan pengekspot uranium.

Tiga negara terbesar pengekspot uranium ialah Kazakstan, Canada dan Australia. Ketiga-tiga negara ini mengeluarkan hampir 63% dari keperluan uranium dunia.

Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil justeru pihak pengkaji dan ahli fizik telah membuat kajian mendalam berkenaan Thorium dan hasilnya, Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari uranium dan 3.5 juta kali lebih berkuasa dari arang batu dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.

Disebabkan Thorium adalah beradioaktif maka Thorium hanya boleh digunakan diloji penjanaan elektrik berkuasa nuklear. Di seluruh dunia terdapat 442 loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear yang menghasilkan 372 gigawatt elektrik untuk keperluan dunia dan ini merangkumi 14% dari keperluan dan kegunaan elektrik seluruh dunia. Dalam keadaan ini Thorium dilihat sebagai mineral yang paling sesuai untuk menggantikan penggunaan uranium di masa depan.

 Rupa bentuk bahan radioaktif Thorium yang cukup berharga

Kos pembinaan satu loji yang boleh beroperasi dengan baik dijangka mencecah RM7 billion. Susulan dengan maklumat tersebut Kerajaan Malaysia kini sedang giat mengkaji dan ingin membina loji nuklear untuk menjana kuasa elektrik.

Walaupun telah berlaku tragedi nuklear di loji Fukushima, Kerajaan Malaysia akan meneruskan kajian dan pembinaan loji nuklear.

Lihat pembinaan yang sedang dijalankan Lynas di Gebeng, Pahang:
 Kolam yg akan digunakan utk menyimpan Thorium

 Tapak Kilang Rare Earth yg sedang giat dibangunkan

Kenapa ini berlaku, lihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa "Malaysia Perlu Loji Nuklear".

Malah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon dalam satu kenyataan, keputusan muktamad sama ada Malaysia akan membina loji tenaga nuklear bagi menjana kuasa elektrik akan diputuskan pada 2012.

Beliau juga ada berkata kerajaan juga mungkin menghadapi cabaran dari segi kos memandangkan pembiayaan awal mewujudkan loji nuklear ini adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding loji arang batu.

Bagaimanapun pada jangka masa panjang ia akan menguntungkan kerana sangat mesra alam disebabkan tiada bahan pencemaran. Ini kerana Kerajaan Malaysia akan menggunakan Thorium dan bukan uranium.

Kenapa ini berlaku, lihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa "Malaysia Perlu Loji Nuklear".

Malah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon dalam satu kenyataan, keputusan muktamad sama ada Malaysia akan membina loji tenaga nuklear bagi menjana kuasa elektrik akan diputuskan pada 2012.

Beliau juga ada berkata kerajaan juga mungkin menghadapi cabaran dari segi kos memandangkan pembiayaan awal mewujudkan loji nuklear ini adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding loji arang batu.

Bagaimanapun pada jangka masa panjang ia akan menguntungkan kerana sangat mesra alam disebabkan tiada bahan pencemaran. Ini kerana Kerajaan Malaysia akan menggunakan Thorium dan bukan uranium.

Agensi Pelesenan Tenaga Atom (AELB) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Thorium boleh disimpan di Malaysia tetapi bukan untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarahnya, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan menafikan telah meluluskan rancangan Lynas untuk menyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng sambil menegaskan, syarikat Australia itu tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat.

Ini membuktikan bahawa Thorium itu akan disimpan dan akan digunakan di Malaysia, sebab itu mereka kata boleh disimpan tapi bukan untuk selama-lamanya. Malaysia memerlukan Thorium tersebut, untuk digunakan sebagai bahan mentah di loji nuklear yang akan dibina.

Disebabkan Malaysia bukanlah pengeluar uranium, maka kerajaan beranggapan dengan adanya stok Thorium yang besar di Gebeng, maka Malaysia bukan sahaja tidak akan menghadapi masalah untuk memperolehi bahan mentah tersebut, tetapi Malaysia juga boleh menjadi pengekspot Thorium yang penting di dunia.

Kini terbukti kenapa kerajaan Malaysia pula beria-ria mahukan projek ini diteruskan, ia kerana faktor Thorium yang akan dapat memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

Justeru itulah rakyat perlu terus bangkit menentang projek ini tanpa ada sebarang alasan.

Kita mempunyai asas yang kukuh untuk membatalkan projek ini, kerana mereka yang terlibat mempunyai agenda tersembunyi yang pasti akan memperjudikan nasib rakyat itu sendiri.

 Kesan radioaktif pada manusia
p/s ; Marilah kita bersama-sama meneruskan bantahan ini, kerana mereka yang ada hari ini pasti tidak akan bertanggungjawab pada masa akan datang.

Selama ini kita sangka "Thorium" yang ada radioaktif itu akan ditanam(disimen) dan dibuang.

Sekarang terbukti, mereka mempunyai agenda yang lebih besar dari yang telah kita ketahui.
Oleh itu, teruskan bantahan dan pastikan semua rakyat dapat maklumat ini untuk disebarkan.
Demi pewaris negara masa hadapan.

Sunday, August 14, 2011

PBB musuh Islam?

Penubuhan negara Yahudi Zionis Israel telah diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui sebuah resolusi bertajuk United Nations Partition Plan for Palestine atau United Nations General Assembly Resolution 181 (II) Future Government of Palestine yang telah laksanakan oleh Sidang Umum PBB pada 29 November 1947. Ia dipersetujui oleh 33 negara, ditentang oleh 13 negara dan sebanyak 10 negara berkecuali.

Resolusi itu selanjutnya mahukan Mandat British berakhir pada 1 Ogos 1948, iaitu mereka mahukan kerajaan British keluar daripada wilayah tersebut sebelum penubuhan negara Yahudi dapat dilakukan dengan membahagikan sebahagian tanah wilayah umat Islam di Palestin kepada wilayah yang diduduki oleh kaum Yahudi dan wilayah yang diduduki oleh umat Islam.

Rancangan tersebut telah ditentang oleh negara-negara Arab ketika itu. Dan selepas tentera British mengundurkan diri dari Palestin, negara-negara Arab berperang menentang aksar Yahudi pada Mei 1948 yang menyaksikan tentera Arab kalah dan kaum Yahudi mengisytiharkan negara Israel didirikan pada bulan Mei 1948. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beratus-ratus ribu umat Islam meninggalkan kampung halaman mereka dan peristiwa tersebut dikenali sebagai Nakba, yang juga telah mengakibatkan kebanjiran kaum Yahudi dari seluruh dunia ke wilayah Palestin yang menjadikan penduduk Yahudi yang dulunya kaum minoritu menjadi kaum majoriti di wilayah Palestin selepas penubuhan Israel pada 1948. Hakikatnya, PBB telah mengetuai negara-negara kuffar memulakan sengsara ke atas umat Islam di Palestin sehingga sekarang.

Dalam peristiwa lain, pada tahun 1995 ketika perang Serbia dan Bosnia, PBB bertanggungjawab mengakibatkan seramai 8,000 penduduk muslim Bosnia di bandar Srebrenica termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh secara rambang oleh tentera Serbia. Pembunuhan ini dilakukan melalui suatu persetujuan oleh tentera Serbia dengan tentera pengaman PBB yang terdiri dari askar-askar Belanda, walaupun bandar Srebrenica telah diisytiharkan oleh PBB sebagai kawasan selamat. Salah seorang mangsa yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai tersebut, Hasan Nuhanovic berkata, “Kaum keluarga saya yang telah dipaksa keluar daripada pangkalan tersebut oleh tentera Belanda telah diserahkan kepada tentera Serbia”, menurut laporan dari Islamonline.net pada 16 Jun 2008 [Rujukan http://www.islamonline.net, diakses pada 8 Jun 2010]. Kaum keluarga Hasan telah dibunuh oleh tentera Serbia semasa kejadian tersebut.
PBB adalah pertubuhan yang bertanggungjawab secara langsung membunuh umat Islam di Palestin dan Bosnia serta banyak lagi tanah kaum Muslimin. Berapa ramai lagikah umat Islam yang akan menjadi mangsa PBB secara langsung atau tidak langsung? Apa yang amat menyedihkan adalah masih ada sesetengah umat Islam dan pemimpin negara umat Islam yang masih mahu mendapatkan penyelesaian daripada PBB, tanpa memerhatikan asal-usul dan realiti sejarah penubuhan PBB.

Selagi umat Islam terus menerus mengharapkan PBB, selama itulah umat Islam akan terus dikeroyok, sebagaimana yang dijelaskan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".


Sumber : Hizbut Tahrir Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...