Thursday, July 29, 2010

Lembaran Baru Didalam Teknologi Ketenteraan

Freemason(Amerika merupakan sebuah negara freemason) sudah memajukan Kuasa Minda sebagai Teknologi Pemusnah terbaru. Sudah sampai masanya kita memajukan kaedah kesufian dalam Kaedah Peperangan Alaf Baru.

Sebuah akhbar mendedahkan, sebahagian dari projek sulit tentera Amerika (AS) ialah projek "membunuh dengan menggunakan kuasa minda". Mereka mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang membunuh dengan menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.

Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa minda bagi merevolusi kaedah peperangan. Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera yang "ajaib" yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.

Menurut seorang anggota pasukan khas yang terlibat didalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa minda bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.

Penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih empat puluh institut paranormal negara itu.

Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru didalam teknologi ketenteraan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...