Pages

Saturday, September 4, 2010

Dinar & Dirham @ Kelantan.....Terbaik Di Dunia


Kelantan launches Dinar & Dirham on 12th August 2010


Kebekuan ummah yang berlaku sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki seratus tahun lalu kini sedang mencair semula. Sebuah Financial Hub (Hub Kewangan) baru yang bertaraf dunia, berasaskan Dinar dan Dirham Kelantan, sedang bermula di sini.

Hah! apakah saya berimaginasi keterlaluan? itulah ucapan-ucapan dari pelbagai pihak, termasuk beberapa orang dari luar negara, dalam majlis pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan di dewan konvensyen Kelantan Trade Center (KTC).

Dinar emas dan Dirham perak yang dikeluarkan oleh Kelantan, yang dilancarkan oleh Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dengan disaksikan oleh wakil-wakil dari beberapa negara luar eperti Sepanyol, Jerman, Switzerland, Dubai, Indonesia (Acheh) dan Filipina (Sulu), akan segera menarik perhatian dan kepercayaan ummah dari seluruh dunia, dan akan segera mengubah wajah Kota Bharu dan Kelantan.

Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek Dinar dan Dirham Kelantan ini. Prof Umar (berasal Sepanyol) dan Nik Mahani (berpengalaman luas dalam perbankan) adalah tokoh yang telah lama bekerja keras bagi melihat Dinar dan Dirham kembali digunakan oleh umat Islam di dunia.

KGT telah berjaya mendapatkan persetujuan lebih daripada seribu kedai di Kelantan, yang bersedia untuk menerima dinar dan dirham Kelantan dalam urusan jual-beli mereka. Malah Bank Islam dan Tabung Haji juga telah bersetuju untuk menrima D&D itu.

Maka dengan membayangkan Kota Bharu suatu hari nanti akan menjelma sebagai World Islamic Financial Hub berasaskan matawang Dinar dan Dirham itu, apakah saya berimaginasi keterlaluan? Saya fikir tidak, dengan penjelasan Husam Musa menceritakan perancangan masa depan Dinar dan Dirham Kelantan.

"Money which has been used now is only a piece of paper imprinted with a certain value. In other words, money used is not based on anything that we can ensure its. The basis of currency is merely lies on the value created by the world economic power."

Kalau diberi pilihan untuk simpan RM1000 dengan 2 keping dinar emas. Mana yang orang akan pilih? Obviously Dinar Emas. Sebab walaupun harga dinar emas naik turun, NILAI dia tetap sama dari dulu. Emas pernah ada krisis jugak (gara-gara intervention daripada US), tapi, tak teruk macam krisis mata wang (inflasi).

  • How about ATM ? Akan ada ATM syiling emas?

Tak pasti. Yang pasti, KALAU LAH Dinar Emas ini dilaksanakan, salah satu sistem dia adalah menggunakan Technical tools.

“Electronic payment systems linked to Smart Cards and Debit Cards will facilitate the use of the Shariah currency by automatic calculation of the rates and will facilitate micropayments.” Bayangkan kita hanya perlu bawak satu card untuk membeli belah. Tak payah nak bawak duit kertas, duit syiling. Hanya satu kad untuk semua transaction. Siapa kata kita mundur ke belakang kalau kita guna sistem Dinar Emas?

Dan harus diingat..bayaran Zakat tidak boleh menggunakan Ringgit Malaysia!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...