Pages

Saturday, December 17, 2011

LINUX Distro!

Assalamualaikum..
Lama tak update blog ni..setelah hempas pulas dgn fyp..yeaahh! mr.complicated dh bebas..huahaha! :P  oppsss..sori ceqq ter over..

Ok sehari dua ni sibuk duk 'godek' operating system berasakan Linux..????? ('?')
bg yg belum tahu tentang operating system base on linux..linux OS merupakan satu sistem operasi yg dipacu oleh desktop pc atau pun laptop sama seperti window keluaran microsoft..

n serius dh jatuh cinta dgn Linux Distro!!..huhu gedixx..;P

Sebab2 jatuh cinta :

  • kebanyakan aplikasi sudah tersedia dipasang cuma tunggu untuk digunakan berbeza dengan sistem operasi berasaskan window yang memerlukan pengguna memasang sendiri setiap aplikasi yang diperlukan.
  • tidak memerlukan pemasangan driver contohnya broadband dan printer terus dapat digunakan.
  • selamat dari ancaman virus dan tidak memerlukan antivirus.
  • sangat stabil berbanding sistem operasi window.
  • tidak memerlukan penjagaan seperti window contohnya membersihkan registry dan internet surfing tracking. 
  • n yang paling penting CANTIK!! hahaha..tergOda .. :P

Nak menunjuk cket snapshot from my distro (Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot)
sebelum ni mr.complicated dh cuba rilisan sebelum oneiric ocelot iaitu Ubuntu 11.04 Natty Narwhal.

Paparan desktop mr.complicated
Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot

Paparan Dash Home
Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot

Dan untuk pengetahuan, Ubuntu mengemaskini versinya 2 kali setahun iaitu pada april dan oktober setiap tahun berbeza dengan operasi berasaskn window yang mengambil masa bertahun-tahun untuk keluaran sistem operasi barunya.. dan yang bestnya sistem operasi ini percuma!! =)

>>>>>>>>> bagi yang ingin mencuba bule download dari laman rasmi Ubuntu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...